Janganlah Kita Lupa Untuk Solat

Ya Allah, dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku,
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus,
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu,
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat,
Dengan ujian yang menimpa..."
Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal."

jgn tinggal doa ni sebelum salam selepas tahyat akhir

Allah Maha Besar
















Dengan Nama Allah s.w.t

Friday, 27 May 2011

Hadis2 Nabi Muhammad s.a.w

Sabda Nabi Muhammad SAW
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Senyumam kepada saudaramu adalah sedekah"

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S.
dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah
puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. danDia akan terus memberikan pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)

Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Adalah Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan
Ramadhan, Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari. (Riwayat Muttfaq Alaihi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu
fardhu pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah
menunaikan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat,pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadapIlahi"

Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:"Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya"

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya(Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah)

Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t."
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan
sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah s.w.t. mengecap hatinya(sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)" (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang melihat
wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada rasa lazat beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah (gosok gigi) diwaktu pagi dan jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orang puasa yang kering bibirnya diwaktu petang melainkan akan menjadi cahaya didepan matanya pada hari kiamat" (Riwayat Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Allah s.w.t. telah berfirman: Hamba-Ku yang lebihAku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika telah nyata maghrib)"
(Riwayat Al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya"
(Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang mustajab
(berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat" (Riwayat Muslim & Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Satu dirham riba yang dimakan oleh
setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah s.w.t.daripada dosanya tiga puluh enam kali penzinaan" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani dari Abdullah bin Hanzalah r.a.)

No comments:

Post a Comment

Kalam Allah s.w.t

Zikir hari ini

Doa dan terus berdoa..senjata kita

Palestine we same muslim

Ya Rasulullah Ku pinta Syafaatmu

Jom Belajar Hadis2

Jangan Putus berdoa

SOLAT

SOLAT
Jgnlah Kita Tinggal Solat

Islam...islam

Every Bit,Remember Allah.s.w.t

Jom Pergi Mengaji

Jangan lupa zikir sentiasa

Cintailah Islam

Renungkan Dosa-dosa kita

Renungkan Dosa-dosa kita
Semoga Allah Ampunkan Kita,Allah Maha Pengampun

Cintailah Allah s.w.t

Season Review

Popular Posts