Assalamualaikum......terima kasih
kepada sahabat2
yang sudi menjengah
blog ana...Alhamdulillah panjang lagi umor...
dah lame sangat tak update blog....terlalu busy dengan kerja....huhuhu....
kadang-kadang aku suka cakap dengan diri sendiri...mainan perasaaan kuat kala kita duduk dsorang2 kan..hehe...
Mengapa ye kita terlalu lemah? Saya selalu terfikir mengapalah perasaan
perempuan itu selalu lembut dan tersentuh. Bukan kita tak pernah dengar,
sekeras-keras hati perempuan, akan lembut juga. Kerana itu rasanya Allah
jadikan ibu seorang perempuan.
Seorang ibu itu dia lembut dalam garang, marah dalam sayang. Dua
sifat antagonis ni sangat sebati dalam diri seorang insan bergelar Hawa.
Kadangkala sensitifnya terlebih, adakalanya penyayang bukan main lagi.
Peliknya,
untuk memahami perasaan naluri sendiri, hatiku kadangkala seperti sebuah
sampan di atas ombak yang kuat. Bergulir-gulir tanpa tujuan walaupun sudah dikayuh
dengan kuat ke arah yang sudah ditetapkan.
Benar umum sudah mengetahui, cinta kepada Allah itulah paling
hakiki. Tetapi untuk mereliasasikan cinta itu tidak semudah seperti sebutan di
lidah semata. Banyak halangan yang perlu ditempuhi dan cabaran yang selalu
menarik-narik diri ini untuk beralih arah dari mencapai Ilahi.
Benar, hakikatnya untuk mencapai cinta Ilahi ini, tidak cukup
hanya dengan mentaati perintah-Nya semata-mata, dengan hanya menunaikan solat 5
waktu, puasa pada bulan Ramadhan dan juga membaca Al-quran.
Tetapi memerlukan pengorbanan yang lebih besar dari itu! Betapa
ramai manusia hatta orang-orang soleh sendiri gagal dalam meraih cinta dari
Allah saat kematian mereka kerana gagal melaksanakan perintah ini.
Itulah menahan diri dari perkara-perkara yang dimurkai Allah.
Sukarnya menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang Allah larang kerana
nafsu kita sangat-sangat cenderung kepada perkara tersebut.
Kadang-kadang aku rasa marah pada diri sendiri. Kenapalah susah sangat nak menahan hawa nafsu? Terutama dalam perkara-perkara untuk menundukan
pandangan.
Kerana pandangan itulah akar kepada banyak maksiat yang berlaku
sesama berlainan jantina.
Bagi aku, kadangkala sikap ‘double standard’ selalu ada apabila
berhadapan dengan kawan yang bukan muslim. Namun rasanya tidak boleh sebegitu
kerana dari situlah kita dapat berlatih untuk membersihkan hati kita.
Paling penting bukanlah menundukkan pandangan dengan menundukkan
pandangan mata semata-mata, namun adalah menundukkan perasaan. Jika hawa dan
adam berbual tanpa memandang sesama sendiri, namun jika gagal mengawal
perasaan, banyak juga boleh jadi.
Selain itu, mungkin saja kita gagal dari menahan diri dari
menonton rancangan televisyen yang mungkin mendedahkan aurat-aurat yang tidak
patut kita nikmati.
Bukan itu sahaja, mungkin sahaja kita memandang kawan sekelas
kita dengan merasakan sesuatu di dalam hati.ape lagi sekarang dalam dunia serba moden nih....
sebut facebook je....comfirm panjang citernye....mcm2 gelagat kita boleh tengok....tak nak lah cite...hehe....kadang2 aku pon ngarut..hikhik3...
Dalam umur yang memasuki dewasa ini, perasaan adalah
satu-satunya harta berharga yang perlu dijaga. Dan alangkahnya susah
sebenarnya.
Oleh kerana itu kita lihat ramai orang solat dan menutup aurat
namun tidak ramai yang dapat menjaga pergaulan. Sungguh, jalan menuju redha
Allah penuh dengan duri dan jalan ke neraka penuh dengan keenakan duniawi.
Kaum Hawa, kuatkan jati dirimu dan lindungilah tamanmu dari
dicemari oleh pandangan orang yang bukan menjadi hakmu.
Kaum Adam, peliharalah hatimu dari menjadi milik selain dari
Rab-Mu. Semoga kita semua menang dalam menempuhi ujian di dunia ini. Ameen!
selamat jumpa lagi...semoga anda semua berada dalam lindungan Allah Subhanahu Wataa'la.....AMIN YA RABB..
Wasalam...