Janganlah Kita Lupa Untuk Solat

Ya Allah, dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku,
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus,
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu,
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat,
Dengan ujian yang menimpa..."
Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal."

jgn tinggal doa ni sebelum salam selepas tahyat akhir

Allah Maha Besar
















Dengan Nama Allah s.w.t

Monday 4 March 2013

Cinta Dari Allah...Dan Perkahwinan

 Assalamualaikum semua.....
ader something nak shared sama2..
hehe..jom2..kita hayati...

~Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini…" (Hadis Riwayat Bukhari)


sesungguhnya..apabila kita ingat dengan Allah..Allah juga akan ingat kepada kita..so sentiasa lah kita ingat Allah dengan
zikir,solat,dan seumpamanya...
renung2kan....
dan selamat beramal....
sama-sama kita mencari keredhoanNYA..


...jom pergi part no 2 pula...
iaitu pasal perkahwinan.




"Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baru) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata? Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?

(SURAH AN-NISAA' JUZ 4 AYAT 19-21)


Dari tafsiran yang kita baca tadi...jom pula kita 
lihat maksud dan huraiannya yang lebih jelas..

1)Tdk halal menjadikan perempuan sebagai harta benda yg dipusakai oleh waris sebagaimana berlaku pd zaman jahiliah (sebelum islam), krn perempuan itu manusia spt lelaki juga.

2)Janganlah kamu susahkan (penjarakan) isterimu, supaya dia  (meminta talak dgn mengembalikan mas kawin @ membayar wang yg lain), kecuali jika perempuan itu jelas melakukan kejahatan (zina, derhaka, mencuri dan sebagainya).

3)Bergaulah dgn isterimu menurut cara yg sepatutnya, sesuai dgn agama & adab sopan santun. Sebab itu jgn-lah mengurangi nafkahnya atau disakiti hatinya dgn perkataan, perbuatan @ dgn bermuka masam dan mengerutkan kening setiap kali berjumpa dgn dia.

4)Jika kamu benci terhadap isterimu, krn aib jasadnya, budi perkertinya atau kesalahan-kesalahan lain yg biasa terjadi pada perempuan(juga pada lelaki), maka hendaklah kamu bersabar dan jgn terburu-buru menyakiti hatinya atau menceraikannya, kerana boleh jadi sesuatu yg kamu benci itu disebaliknya Allah menyediakan byk kebaikan.

5)Tetapi jika sudah tdk ada lagi kesabaran & tdk lagi sanggup hidup bersamanya, lalu kamu ceraikannya (talak) tetapi janganlah meminta kembali wang @ harta benda yg telah kamu berikan kpd isteri yg diceraikan itu.

semoga mendapat manfaat bersama...semoga kita semua tahu batas-batas dalam kehidupan berkeluarga@rumahtangga..sekian..!!!

No comments:

Post a Comment

Kalam Allah s.w.t

Zikir hari ini

Doa dan terus berdoa..senjata kita

Palestine we same muslim

Ya Rasulullah Ku pinta Syafaatmu

Jom Belajar Hadis2

Jangan Putus berdoa

SOLAT

SOLAT
Jgnlah Kita Tinggal Solat

Islam...islam

Every Bit,Remember Allah.s.w.t

Jom Pergi Mengaji

Jangan lupa zikir sentiasa

Cintailah Islam

Renungkan Dosa-dosa kita

Renungkan Dosa-dosa kita
Semoga Allah Ampunkan Kita,Allah Maha Pengampun

Cintailah Allah s.w.t

Season Review

Popular Posts