Janganlah Kita Lupa Untuk Solat

Ya Allah, dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku,
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus,
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu,
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat,
Dengan ujian yang menimpa..."
Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal."

jgn tinggal doa ni sebelum salam selepas tahyat akhir

Allah Maha Besar
















Dengan Nama Allah s.w.t

Friday 16 March 2012

IMAN ada turun naiknya...

Assalamualaikum......terima kasih
kepada sahabat2
yang sudi menjengah 
blog ana...Alhamdulillah panjang lagi umor...
dah lame sangat tak update blog....terlalu busy dengan kerja....huhuhu....


kadang-kadang aku suka cakap dengan diri sendiri...mainan perasaaan kuat kala kita duduk dsorang2 kan..hehe...




Mengapa ye kita terlalu lemah? Saya selalu terfikir mengapalah perasaan perempuan itu selalu lembut dan tersentuh. Bukan kita tak pernah dengar, sekeras-keras hati perempuan, akan lembut juga. Kerana itu rasanya Allah jadikan ibu seorang perempuan.
Seorang ibu itu dia lembut dalam garang, marah dalam sayang. Dua sifat antagonis ni sangat sebati dalam diri seorang insan bergelar Hawa. Kadangkala sensitifnya terlebih, adakalanya penyayang bukan main lagi.

Peliknya, untuk memahami perasaan naluri sendiri, hatiku kadangkala seperti sebuah sampan di atas ombak yang kuat. Bergulir-gulir tanpa tujuan walaupun sudah dikayuh dengan kuat ke arah yang sudah ditetapkan.

Benar umum sudah mengetahui, cinta kepada Allah itulah paling hakiki. Tetapi untuk mereliasasikan cinta itu tidak semudah seperti sebutan di lidah semata. Banyak halangan yang perlu ditempuhi dan cabaran yang selalu menarik-narik diri ini untuk beralih arah dari mencapai Ilahi.
Benar, hakikatnya untuk mencapai cinta Ilahi ini, tidak cukup hanya dengan mentaati perintah-Nya semata-mata, dengan hanya menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulan Ramadhan dan juga membaca Al-quran.

Tetapi memerlukan pengorbanan yang lebih besar dari itu! Betapa ramai manusia hatta orang-orang soleh sendiri gagal dalam meraih cinta dari Allah saat kematian mereka kerana gagal melaksanakan perintah ini.
Itulah menahan diri dari perkara-perkara yang dimurkai Allah. Sukarnya menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang Allah larang kerana nafsu kita sangat-sangat cenderung kepada perkara tersebut.

Kadang-kadang aku rasa marah pada diri sendiri. Kenapalah susah sangat nak menahan hawa nafsu? Terutama dalam perkara-perkara untuk menundukan pandangan. 
Kerana pandangan itulah akar kepada banyak maksiat yang berlaku sesama berlainan jantina.
Bagi aku, kadangkala sikap ‘double standard’ selalu ada apabila berhadapan dengan kawan yang bukan muslim. Namun rasanya tidak boleh sebegitu kerana dari situlah kita dapat berlatih untuk membersihkan hati kita.

Paling penting bukanlah menundukkan pandangan dengan menundukkan pandangan mata semata-mata, namun adalah menundukkan perasaan. Jika hawa dan adam berbual tanpa memandang sesama sendiri, namun jika gagal mengawal perasaan, banyak juga boleh jadi.
Selain itu, mungkin saja kita gagal dari menahan diri dari menonton rancangan televisyen yang mungkin mendedahkan aurat-aurat yang tidak patut kita nikmati.
Bukan itu sahaja, mungkin sahaja kita memandang kawan sekelas kita dengan merasakan sesuatu di dalam hati.ape lagi sekarang dalam dunia serba moden nih....




sebut facebook je....comfirm panjang citernye....mcm2 gelagat kita boleh tengok....tak nak lah cite...hehe....kadang2 aku pon ngarut..hikhik3...

Dalam umur yang memasuki dewasa ini, perasaan adalah satu-satunya harta berharga yang perlu dijaga. Dan alangkahnya susah sebenarnya.
Oleh kerana itu kita lihat ramai orang solat dan menutup aurat namun tidak ramai yang dapat menjaga pergaulan. Sungguh, jalan menuju redha Allah penuh dengan duri dan jalan ke neraka penuh dengan keenakan duniawi.

Kaum Hawa, kuatkan jati dirimu dan lindungilah tamanmu dari dicemari oleh pandangan orang yang bukan menjadi hakmu.

Kaum Adam, peliharalah hatimu dari menjadi milik selain dari Rab-Mu. Semoga kita semua menang dalam menempuhi ujian di dunia ini. Ameen!




selamat jumpa lagi...semoga anda semua berada dalam lindungan Allah Subhanahu Wataa'la.....AMIN YA RABB..


Wasalam...

Kalam Allah s.w.t

Zikir hari ini

Doa dan terus berdoa..senjata kita

Palestine we same muslim

Ya Rasulullah Ku pinta Syafaatmu

Jom Belajar Hadis2

Jangan Putus berdoa

SOLAT

SOLAT
Jgnlah Kita Tinggal Solat

Islam...islam

Every Bit,Remember Allah.s.w.t

Jom Pergi Mengaji

Jangan lupa zikir sentiasa

Cintailah Islam

Renungkan Dosa-dosa kita

Renungkan Dosa-dosa kita
Semoga Allah Ampunkan Kita,Allah Maha Pengampun

Cintailah Allah s.w.t

Season Review

Popular Posts