"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai"
Alhamdulillah..terima kasih Allah..kerana masih memanjangkan usia dan masih memberi daku untuk menikmati umur..sedar x sedar dah 22 tahun hidup kat muka bumi ni..masa terus berlalu begitu pantas..tertanya pada diri..apakah sumbangan ku sepanjang 22 tahun ni? bilalah pengakhiran hayat ku? ;)
Terkenang akan sejarah seorang Pemimpin terulung iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh..di ketika usianya 21 tahun..beliau telah menawan dan membuka Kota Constantinopel ..sungguh hebat masa mudanya..
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w
“..Konstatinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(HR Imam Ahmad)
Sabda Rasululllah s.a.w telah pon direalisasikan oleh seorang pemuda yang terulung..beliau pemuda di usia kecilnya dan remaja amat tekun mendalami ilmu dan menghafaz Al-Quran..manakala di sudut ibadahnya x pernah sekali meninggal kan ssolat sunat qabliyah dan ba'diyah..wah sungguh hebat..sungguh cemerlang..
Kita ini bagaimana pula yer??
Hmm..Al Waajjibat Aktharu Minal Auqat..kewajipan semakin bertambah daripada masa yg ada..saya dpt merasakan makin dewasa makin byk tanggungjawab..makin kurang masa..hehehe
Sebetulnya kini sedang berhempas pulas untuk persediaan sebelom aku ke pondok minggu depan..x kira masa dan cuaca..sy sibuk ulang dan mengulang kaji hahaha asal rasa ngantuk esp waktu siang maka buatlah benda lain..menaip blog ke ..balas komen fb ke apa ke haha menghitung hari..hanya igt tarikh 26Mei je...hehe..
Terima kasih emak dan ayah kerana melahirkan saya..membesarkan saya dan mencukupkan keperluan saya sehingga saat ini..jasa kalian x termampu utk dibalas melainkan doa hari2 selepas solat,,
Apapon terima kasih atas sokongan daripada semua rakan taulan ..semoga Allah memberkati kalian semua..Saya juga berdoa agar iman saya ..ilmu saya..amalan saya..semakin bertambah..semakin utuh dari hari ke hari..
"Kehidupan di dunia merupakan pinjaman.." Terima Kasih Allah kerana byk beri pinjaman pada saya selama 22 tahun..nikmat Iman dan Islam..nikmat Kesihatan dan Kasih Sayang..berkatilah hidup ini Ya Allah..



























No comments:
Post a Comment