Janganlah Kita Lupa Untuk Solat

Ya Allah, dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku,
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus,
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu,
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat,
Dengan ujian yang menimpa..."
Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal."

jgn tinggal doa ni sebelum salam selepas tahyat akhir

Allah Maha Besar
















Dengan Nama Allah s.w.t

Friday 3 May 2013

BUAT ADAM YG MENCARI CINTA HAWA DAN BUAT HAWA YG MENANTI CINTA ADAM..

Assalamualaikum....

Benar.. Jodoh itu ketentuan Tuhan.. tapi kita kan ada terma merisik..?? Salah ke merisik..?? Tak salah, bahkan dianjurkan supaya tak tersalah pilih.. hmm.. 

Untuk Adam..

Andai Mahu Mencari Hawa..

1. Jgn dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata.. kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu.. Lihatlah pada telapak tangannya.. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik.. Fikirlah semasaknya utk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. Jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata.. Lihatlah pada sebujur bibirnya.. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya.. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya.. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami..

3. Jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata.. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya.. Andai tidak redup menundukkan pandangan.. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya.. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

Untuk Hawa..
Andai Mahu Menerima Cinta Adam..

1. Jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata.. Lihatlah pada aktiviti malamnya.. Andai liar hidupnya tika malam menjelma.. Fikirlah sebaiknya andai mahu menerima.. Kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba.. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. Jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata.. Lihatlah pada bahagian kakinya.. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola.. Fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima.. Kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. Jgn dilihat pada tampan paras semata-mata.. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara.. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah.. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya.. Khuatir pabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya.. tetapi hari ini.. mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri.. Begitulah juga sang lelaki.. Kadang-kala berkopiah, dari mata nampak sungguh alim.. tetapi dalam hatinya..?? Siapa yang tahu..

Sekadar renungan bersama..



Monday 4 March 2013

Cinta Dari Allah...Dan Perkahwinan

 Assalamualaikum semua.....
ader something nak shared sama2..
hehe..jom2..kita hayati...

~Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini…" (Hadis Riwayat Bukhari)


sesungguhnya..apabila kita ingat dengan Allah..Allah juga akan ingat kepada kita..so sentiasa lah kita ingat Allah dengan
zikir,solat,dan seumpamanya...
renung2kan....
dan selamat beramal....
sama-sama kita mencari keredhoanNYA..


...jom pergi part no 2 pula...
iaitu pasal perkahwinan.




"Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baru) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata? Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?

(SURAH AN-NISAA' JUZ 4 AYAT 19-21)


Dari tafsiran yang kita baca tadi...jom pula kita 
lihat maksud dan huraiannya yang lebih jelas..

1)Tdk halal menjadikan perempuan sebagai harta benda yg dipusakai oleh waris sebagaimana berlaku pd zaman jahiliah (sebelum islam), krn perempuan itu manusia spt lelaki juga.

2)Janganlah kamu susahkan (penjarakan) isterimu, supaya dia  (meminta talak dgn mengembalikan mas kawin @ membayar wang yg lain), kecuali jika perempuan itu jelas melakukan kejahatan (zina, derhaka, mencuri dan sebagainya).

3)Bergaulah dgn isterimu menurut cara yg sepatutnya, sesuai dgn agama & adab sopan santun. Sebab itu jgn-lah mengurangi nafkahnya atau disakiti hatinya dgn perkataan, perbuatan @ dgn bermuka masam dan mengerutkan kening setiap kali berjumpa dgn dia.

4)Jika kamu benci terhadap isterimu, krn aib jasadnya, budi perkertinya atau kesalahan-kesalahan lain yg biasa terjadi pada perempuan(juga pada lelaki), maka hendaklah kamu bersabar dan jgn terburu-buru menyakiti hatinya atau menceraikannya, kerana boleh jadi sesuatu yg kamu benci itu disebaliknya Allah menyediakan byk kebaikan.

5)Tetapi jika sudah tdk ada lagi kesabaran & tdk lagi sanggup hidup bersamanya, lalu kamu ceraikannya (talak) tetapi janganlah meminta kembali wang @ harta benda yg telah kamu berikan kpd isteri yg diceraikan itu.

semoga mendapat manfaat bersama...semoga kita semua tahu batas-batas dalam kehidupan berkeluarga@rumahtangga..sekian..!!!

Friday 7 September 2012

MARANG WATERFRONT RESORT

Assalamualaikum terima kasih kerana sudi untuk meluangkan masa untuk singgah ke blog saya.



pada blog kali ini saya muatkan serba sedikit gambar untuk tatapan anda bersama khasnya
buat anda2 semua yang memang bercadang untuk bercuti di sekitar Pulau Kapas,sekitar kawasan atau di sekitar Bandar
Terengganu....semoga terhibur dan memberi manfaat hendaknye..........

..


LOBBY

RUANG REHAT


RUANG MENUNGGU



LALUAN COFFEE HOUSE



 

RECEPTION



SEAVIEW ROOM
CLASSROOM FOR SEMINAR



VIP ROOM




DELUXE TWIN ROOM



KING SEAVIEW ROOM 








DELUXE TWIN ROOM




TRIPLE STANDARD ROOM










TRIPLE STANDARD ROOM






 














                                                             

pakej yang kami sediakan adalah :

Seaview room
Deluxe twin rom
Triple standard room
Majlis perkahwinan
Event
Seminar (teater @classroom)


termasuk peralatan:
*Lcd projector
*tv,video/cd player
*flipchart
*white one,white board
*Microphone
*Complete sound system*Chair and table setting service

Resort facilities include 

Astro,Wi-fi,Karaoke,prayer mat,seri marang kopitiam,

morning time,and evening time,nice sunrise view.
                                        


Sebarang pertanyaan dan sebarang comment boleh dikirimkan ke alamat email:
* mwrs10@yahoo.com atau hubungi kami di talian :
Tel:09-6183999
Hp:019-9606959-Shazlan
Hp:019-7456455-Shahrul.


Alamat :
Marang Waterfront Resort,
Jalan Bukit Batu Merah,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.



sekian terima kasih........

Jumpa lagi next blog ok.....wasalam...

Friday 16 March 2012

IMAN ada turun naiknya...

Assalamualaikum......terima kasih
kepada sahabat2
yang sudi menjengah 
blog ana...Alhamdulillah panjang lagi umor...
dah lame sangat tak update blog....terlalu busy dengan kerja....huhuhu....


kadang-kadang aku suka cakap dengan diri sendiri...mainan perasaaan kuat kala kita duduk dsorang2 kan..hehe...




Mengapa ye kita terlalu lemah? Saya selalu terfikir mengapalah perasaan perempuan itu selalu lembut dan tersentuh. Bukan kita tak pernah dengar, sekeras-keras hati perempuan, akan lembut juga. Kerana itu rasanya Allah jadikan ibu seorang perempuan.
Seorang ibu itu dia lembut dalam garang, marah dalam sayang. Dua sifat antagonis ni sangat sebati dalam diri seorang insan bergelar Hawa. Kadangkala sensitifnya terlebih, adakalanya penyayang bukan main lagi.

Peliknya, untuk memahami perasaan naluri sendiri, hatiku kadangkala seperti sebuah sampan di atas ombak yang kuat. Bergulir-gulir tanpa tujuan walaupun sudah dikayuh dengan kuat ke arah yang sudah ditetapkan.

Benar umum sudah mengetahui, cinta kepada Allah itulah paling hakiki. Tetapi untuk mereliasasikan cinta itu tidak semudah seperti sebutan di lidah semata. Banyak halangan yang perlu ditempuhi dan cabaran yang selalu menarik-narik diri ini untuk beralih arah dari mencapai Ilahi.
Benar, hakikatnya untuk mencapai cinta Ilahi ini, tidak cukup hanya dengan mentaati perintah-Nya semata-mata, dengan hanya menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulan Ramadhan dan juga membaca Al-quran.

Tetapi memerlukan pengorbanan yang lebih besar dari itu! Betapa ramai manusia hatta orang-orang soleh sendiri gagal dalam meraih cinta dari Allah saat kematian mereka kerana gagal melaksanakan perintah ini.
Itulah menahan diri dari perkara-perkara yang dimurkai Allah. Sukarnya menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang Allah larang kerana nafsu kita sangat-sangat cenderung kepada perkara tersebut.

Kadang-kadang aku rasa marah pada diri sendiri. Kenapalah susah sangat nak menahan hawa nafsu? Terutama dalam perkara-perkara untuk menundukan pandangan. 
Kerana pandangan itulah akar kepada banyak maksiat yang berlaku sesama berlainan jantina.
Bagi aku, kadangkala sikap ‘double standard’ selalu ada apabila berhadapan dengan kawan yang bukan muslim. Namun rasanya tidak boleh sebegitu kerana dari situlah kita dapat berlatih untuk membersihkan hati kita.

Paling penting bukanlah menundukkan pandangan dengan menundukkan pandangan mata semata-mata, namun adalah menundukkan perasaan. Jika hawa dan adam berbual tanpa memandang sesama sendiri, namun jika gagal mengawal perasaan, banyak juga boleh jadi.
Selain itu, mungkin saja kita gagal dari menahan diri dari menonton rancangan televisyen yang mungkin mendedahkan aurat-aurat yang tidak patut kita nikmati.
Bukan itu sahaja, mungkin sahaja kita memandang kawan sekelas kita dengan merasakan sesuatu di dalam hati.ape lagi sekarang dalam dunia serba moden nih....




sebut facebook je....comfirm panjang citernye....mcm2 gelagat kita boleh tengok....tak nak lah cite...hehe....kadang2 aku pon ngarut..hikhik3...

Dalam umur yang memasuki dewasa ini, perasaan adalah satu-satunya harta berharga yang perlu dijaga. Dan alangkahnya susah sebenarnya.
Oleh kerana itu kita lihat ramai orang solat dan menutup aurat namun tidak ramai yang dapat menjaga pergaulan. Sungguh, jalan menuju redha Allah penuh dengan duri dan jalan ke neraka penuh dengan keenakan duniawi.

Kaum Hawa, kuatkan jati dirimu dan lindungilah tamanmu dari dicemari oleh pandangan orang yang bukan menjadi hakmu.

Kaum Adam, peliharalah hatimu dari menjadi milik selain dari Rab-Mu. Semoga kita semua menang dalam menempuhi ujian di dunia ini. Ameen!




selamat jumpa lagi...semoga anda semua berada dalam lindungan Allah Subhanahu Wataa'la.....AMIN YA RABB..


Wasalam...

Wednesday 21 December 2011

HIKMAH.....

Cukupkan dirimu dengan Qona'ah

Sebagai kekayaan yang tak pernah habis

Dan sebuah simpanan yang tak pernah hilang



Cukupkan dirimu dengan kesabaran

Sebagai penghibur yang tak membuat engkau menjadi lemah

Dan sebagai pelengkap atas keredhoanmu kepada RabbMU



Cukupkan dirimu dengan keredhoan

Sebagai penahan yang tak pernah Rapuh

Dan sebuah benteng yang tak pernah runtuh



Cukupkanlah dirimu dengan Tawakkal

Sebagai buah dari doa dan usahamu

Dan sebagai penenang di kala risau hatimu



Cukupkanlah dirimu dengan Allah

Hiasilah dirimu dengan Allah

Kenalilah Allah

Mendekatlah kepada Allah.

Saturday 26 November 2011

Di sebalik Maal Hijrah..1433H





✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•❤.

❀✿MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM 1433.H ✿❀

✿.❀¸.•❤•.❀ .❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•❤.


Assallamu’alaikum Warahmatullah Wabarakatuh.


Bismillahirrahmanirrahiim..


✿.❀¸.•❤•.❀ •.❀❀.❀.•❤•✿ ✿¸.•❤.

Sebagaimana kita ketahui bersama,betepatan pada hari ahad tanggal 27 November 2011, kita akan memasuki tahun Baru Islam 1 muharam 1433.Hijriah. Suatu moment yang sangat berharga dan bersejarah khususnya bagi kita umat Islam, dan tentunya kita menyambutnya dengan penuh kegembiraan, melakukan berbagai kegiatan amal shaleh yang manfaat. 

Secara historis awal penanggalan kelender islam ini, dimulai ketika Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam ditemani sahabat Abu Bakar Sidiq, bersama kaum muslimin, berhijrah meninggalkan Mekkah menuju ke Madina. Karena saat itu masyarakat Mekkah kaum quraisy musyrik memberikan tekanan berat kepada kaum muslimin.

Hijrah yang dilakukan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersama kaum muslimin atas perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala,Hal itu dilakukan karena demi menjaga keeksitensian agama Islam, sekaligus mengepresikan perlawanan akan kebathilan,dan terlebih mengembangkan pada daerah yang potensial. 

Peristiwa bersejarah ini juga merupakan, langkah awal terjadinya tali ikatan kasih sayang persaudaraan karena Allah Subhanahu wa Ta’ala,memuliakan sesama saudara islam, antara kaum muhajirin dan anshar yang diwujudkan dengan ukhuwah islamiyah yang kokoh . Mereka menyatu dengan iman dan taqwa, melakukan dengan ikhlas dan hanya mengharap keridhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala, karena demikianlah tidak ada ukhuwah tanpa iman dan tiada iman tanpa ukhuwah. 

Allah Subhanahu wa Ta’ala Berfirman :

“Dan barangsiapa berhijrah di jalan ALLAH Niscaya mereka akan mendapatkan dibumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa berhijrah kepada ALLAH dan Rasul-NYA,kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ketempat yang dituju),’Maka sungguh pahalanya telah ditetapkan disisi ALLAH. Dan ALLAH Maha Pengampun Maha Penyayang.”(QS. An Nisa : 100).

Makna ayat yang yang terkandung diatas memberikan motivasi terhadap kaum muslimin agar menjauhkan diri dari orang-orang musyik, sehingga ia keluar rumah dari rumahnya untuk berhijrah. Meskipun belum sampai kepada tempat yang dituju, ia telah mendapatkan pahala disisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Oleh karena itu sudah sewajarnya dan pada tempatnya pula, kita umat islam sekarang melakukan berbagai bentuk kegiatan, dalam rangka peringatan tahun baru islam, sebagai wujud ungkapan rasa syukur, sekaligus perwujudan rasa mahabah terhadap agama Islam. Dan merayakannya dengan tadarus membaca Al Quran,mengikuti ceramah-ceramah di majlis taklim, berdoa dan berdzikir. 

Namun demikian tentunya peristiwa hijrah tidak hanya, sebagai keteladanan dan peristiwa yang terjadi pada masa lalu. Akan tetapi yang lebih penting dari itu adalah memaknai dari hakikat hijrah itu sendiri. Hijrah menurut bahasa artinya berpindah,berpaling, meninggalkan. 

Sedangkan menurut Istilah mengandung dua makna, yaitu hijrah makani dan hijrah maknawi, hijrah makani artinya hijrah secarah phisik berpindah dari suatu tempat yang kurang baik menuju yang lebih baik, berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain yang lebih baik.

Adapun hijrah maknawi artinya berpindah dari nilai yang kurang baik menuju nilai-nilai yang lebih baik, dari kebathilan menuju kebenaran,dari kekufuran menuju keIslaman.Atau dengan kata lain hijrah kepada tuntunan jalan yang di ridhai dan di cintai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-NYA.

Menurut pendapat Raqib Al Isfahani hijrah memiliki makna diantaranya yaitu’.Hijrah adalah sebagai permulaan kelender tahun baru Islam, yang diresmikan pada masa khalifah Umar bin Khathab Radhiyallahu Anhu,pada tahun 17 Hijriah,yang perhitungannya didasarkan pada peredaran bulan qamariah,’yang rata-rata satu tahunnya mencapai 354 hari, sehingga menghasilkan dua belas bulan Islam yang dimulai dari :”Muharam,Shafar,Rabiul Awal,Rabiul Tsani,Jumadil Awal,Jumadil Tsani,Rajab,Shaban,Ramadhan,Syawal,Dzulkaidah,Dzulhijah.

Adapun hakikat dan makna utama dari Hijrah itu sendiri adalah Hijrah Akhlaqiyah, hijrah dari akhlaq yang buruk menuju akhlaq yang baik,singkatnya menjauhi segala bentuk kemaksiatan dan segala perbuatan yang berujung pada dosa.Hijrah akhlaq inilah yang harus dijadikan prioritas utama sebagai tekad, untuk melakukan perubahan budi pekerti bagi setiap umat Islam.

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam Bersabda :

"Dari Ummu Anas Radhiyallahu Anha,’Ia berkata’ Wahai Rasulullah Wasiatilah diriku,”Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam Bersabda,”Tinggalkan Perbuatan Maksiat,Sebab perilkaku demikian itu merupakan Hijrah yang paling Utama. Jagalah amal fardhu, karena perbuatan tersebut merupakan perjuangan yang paling Utama.Perbanyaklah dzikir pada ALLAH, Karena ALLAH sangat mencitai Hamba-NYA yang memperbanyak dzikir Kepada-NYA.” (HR. At Thabrani).

Hadits diatas memberikan pelajaran dan anjuran kepada kita, bahwa hijrah yang paling utama adalah, meninggalkan segala bentuk akhlaq yang buruk atau perbuatan kemaksiatan,menuju kepada akhlaq yang baik, sebagai bentuk pengabdian kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, membutuhkan pengorbanan maksimal dan perjuangan dari setiap insan yang melakukannya. Dengan demikian Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Salam memberikan penekanan kepada kita umatnya untuk senantiasa menjaga amal fardhu dan memperbanyak dzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sebagaimana kita maklumi bersama bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala mengutus Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam’sebagai rahmat bagi seluruh manusia, menyempurnakan akhlaq manusia dan menyelamatkan mereka dari kesesatan, dan menuntun ke jalan hidayah yang di ridhai, yang akan mengantarkan manusia ke surga.

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam Bersabda :

“Sesungguhnya Aku (Rasulullah) diutus untuk Menyempurnakan Akhlaq yang Mulia”. (HR. Bukhari, Baihaqi, dan Hakim)

Akhlaq dalam Islam sangatlah tinggi kedudukannya,karena baik buruknya akhlaq seseorang adalah sebagai ukuran kwalitas Keimanan. Maka melalui tahun baru hijriah ini,marilah kita jadikan renungan, bersama-sama berbenah diri melakukan perubahan,serta intropeksi diri, meninggalkan segala bentuk akhlaq yang buruk, hijrah dengan istiqamah menuju akhlaq yang baik.

Akhlaq yang baik dan mulia adalah yang mengikuti, sebagaimana yang telah dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam’dengan merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah. Dengan akhlaq yang baik, budi pekerti yang baik tentunya akan melahirkan, sifat-sifat yang mulia selalu bersifat lapang dada, sabar,lurus, benar,peramah,tidak menyakiti hati orang lain , baik bagi keluarga, tetangga, dan selalu memberi manfaat dimana pun berada.Bentuk hijrah seperti inilah yang sangat kita butuhkan bersama, untuk direalisasikan dalam kehidupan sehari-hari.

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam Bersabda :

“Orang yang paling Aku sukai diantara kamu dan paling dekat dengan Aku di Akhirat ialah orang yang baik Budi Pekertinya/Akhlaqnya,”(H.R Ahmad).

Demikian catatan sederhana, menyambut tahun baru Islam 1 muharam 1433.H dan makna utama hakikat hijrah. Sahabat-sahabat yang di Rahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala, . Mudah-mudahan manfaat buat kita semua,yang benar haq semua datang-Nya dari Allah Subhanahu wa Ta’ala,Yang kurang dan khilaf mohon sangat dimaafkan ’’Akhirul qalam “Wa tawasau bi al-haq Watawa saubil shabr “.Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala . senantiasa menunjukkan kita pada sesuatu yang di Ridhai dan di Cintai-Nya..Aamiin Allahuma AAmiin.

❀.•❤•Walhamdulillah Rabbil’alamin •❤•.❀

❀❀Akhi,Ukhti .. Sahabat Ukhuwah fillah ALL ❀❀


❀ Jazzakumullahu khayran wa Barakallahu fiikum. ❀ 



Salam Maal Hijrah..1433Hijrah



Salam kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan...
semoga kita sentiasa berada dalam jalan Fisabilillah....InsyaAllah...




pejam celik..pejam celik..dah masuk tahu baru kita...
dalam sedar dan tak sedar...pelbagai yang kita tempoh sepanjang setahun yang 
telah berlalu.......sama ada kita nie leka,alpa,peka atau sebagainya...

yang penting....apa2 perkara yang kita buat...semua kerana Allah s.w.t..
Amin Ya Rabbal A'lamin..

Ana dah masuk umur 23 tahun...kejap je rasenyer..hehe...nak kembali ke zaman remaja dah x dapat..
kalau boleh..nak je kembali ke zaman kanak-kanak....atau zaman remaja...
tapi tuelah namanya kehidupan....tidak akan kembali semula setelah segalanya berlalu...
.Allah dah tetapkan secara azali lagi....

kita tak tahu..dimana noktah kehidupan kita...dan kita tak tahu apa yang bakal menjelma 
dan apa yg terjadi untuk yang akan datang...

Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.....

""kita merancang..Allah jua yang menetukan..""


So ana nak buat satu perancangan...


So Azam aku untuk tahun baru Islam nie...

nak tamatkan zaman bujang...
InsyaAllah...calon dah ader...cuma nak buat persiapan...

next year 2012....InsyaAllah

InsyaAllah nak jadi bapa yang baik...

nak anak yang baik..

nak anak soleh dan solehah...

kalau perempuan nak letak nama Rabiatul Adawiah...

kalau lelaki nak letak nama Muhammad..hehe..
wah besar sungguh angan2 ana...InsyaAllah..moga2 Allah 
permudahkan perjalan hamba dan mudahkan segala-galanya buat hamba nie..

ana nak jadi suami yang baik...dan ana akan cuba sedaya upaya didik 
isteri hamba dengan sebaik
mungkin...

dan setakat termampu lagi nie...ana nak bantu ayah dan ibu hamba serba sedikit
apa yang ana boleh bantu...sebab mereka berdualah ana dpt membesar dengan baik ni...

ana doakan ayah dan ibu ana semoga panjang umor dan dimurahkan rezeki....

Amin Ya Allah..Amin Ya Allah...
muaaaahhhhh syg mak ngan ayah...hehehe....


Buat sahabat sahabat...


Bersama kita menggapai taqwa...

menjadi peribadi yang lebih baik untuk kemudian 

hari.....semoga sejarah hijrah Nabi Muhammad s.a.w

menjadi contoh yang paling baik buat kita semua.....


bersahabatlah kita untuk mengembangkan dan

menjalanan peranan sebagai muslim yang sejati..

InsyaAllah...


Cukupkan dirimu dengan Qona'ah

Sebagai kekayaan yang tak pernah habis

Dan sebuah simpanan yang tak pernah hilang



Cukupkan dirimu dengan kesabaran

Sebagai penghibur yang tak membuat engkau menjadi lemah

Dan sebagai pelengkap atas keredhoanmu kepada RabbMU



Cukupkan dirimu dengan keredhoan

Sebagai penahan yang tak pernah Rapuh

Dan sebuah benteng yang tak pernah runtuh



Cukupkanlah dirimu dengan Tawakkal

Sebagai buah dari doa dan usahamu

Dan sebagai penenang di kala risau hatimu



Cukupkanlah dirimu dengan Allah

Hiasilah dirimu dengan Allah

Kenalilah Allah

Mendekatlah kepada Allah.


Copy & Paste dari buku Karangan Al-Shamad Al-Falimbani..

semoga jumpa lagi di blog yg akan dtg..

InsyaAllah...dan Walla Hu Aklam....






Kalam Allah s.w.t

Zikir hari ini

Doa dan terus berdoa..senjata kita

Palestine we same muslim

Ya Rasulullah Ku pinta Syafaatmu

Jom Belajar Hadis2

Jangan Putus berdoa

SOLAT

SOLAT
Jgnlah Kita Tinggal Solat

Islam...islam

Every Bit,Remember Allah.s.w.t

Jom Pergi Mengaji

Jangan lupa zikir sentiasa

Cintailah Islam

Renungkan Dosa-dosa kita

Renungkan Dosa-dosa kita
Semoga Allah Ampunkan Kita,Allah Maha Pengampun

Cintailah Allah s.w.t

Season Review

Popular Posts